Header Ads

Tangisan Hiba dan Sujud Syukur Seorang Bapa - Kes Kematian Zulfarhan


Suasana sayu, tangisan hiba dan sujud syukur seorang ayah telah membuatkan ramai orang tersentuh hati hari ini. Untuk korang yang masih belum mengetahui, sebentar tadi telah berlaku perbicaraan di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur, berikutan kes kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 2 tahun lalu.

Pihak Mahkamah akhirnya telah memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat bagi membela diri mereka selepas didapati bersalah.

Bapa arwah, Zulkarnain Idrus dilihat keluar dari bilik Mahkamah dan terus melakukan sujud syukur dan Ohmedia dapat merasakan perasaan seorang bapa yang selama ini telah berjuang untuk mencari keadilan anaknya.

Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bagi keputusan yang benar. Terima kasih atas doa rakyat malaysia. Syukur atas Ilahi. Doa kami dimakbulkan Allah supaya pesalah mendapat pembalasan. Pemergian Zulfarhan masih terasa, setiap malam saya akan mendengar suaranya. Bila raya lagi rasa dia tak ada. Saya tak akan lupakan arwah, katanya.

Lihat video di bawah;


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.