Header Ads

Syed Saddiq Serius Ingin Perjuangkan Nasib Anak Muda


Nampaknya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tetap ingin meneruskan perjuangan untuk membangkitkan isu-isu berkenaan anak muda. Jika sebelum ini Syed Saddiq dilihat telah berjaya menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, kini dia dilihat ingin memperjuangkan pula pemberian elaun kepada pelajar praktikal.

Syed Saddiq dalam perkongsian di Instagram miliknya, mengatakan dia akan tetap memperjuangan perkara ini setelah melihat pelajar praktikal berhak untuk mendapatkan elaun, terutamanya bagi mereka yang datang dari keluarga di bawah B40 dan M40.

Ini juga kerana ada sesetengah pelajar tidak dapat meneruskan latihan praktikal mereka kerana masalah kewangan. Ini terjadi kerana mereka perlu mencari rumah sewa, dan perlu mengeluarkan duit poket yang lebih.


Syed Saddiq meminta agar sektor korporat digesa untuk tidak terlalu memikirkan keuntungan semata sehingga mengabaikan kebajikan pelajar IPT dengan tidak membayar elaun kepada mereka.

Oleh itu, kini kita boleh melihat, Syed Saddiq telah mula menggunakan tanda pagar #PaidInternship bagi menjayakan misinya yang akan dibawa ke dalam sesi kabinet khas dalam masa terdekat.

Bukat sekadar itu, untuk pengetahuan korang, jika #PaidInternship ini dapat dijayakan, Syed Saddiq mengatakan dia akan berjuang pula untuk #GajiBermaruah.

Dikuasakan oleh Blogger.