Header Ads

"Sukar Untuk Jelaskan Kenapa Saya Buka Tudung" - Fathia Latiff


Sis terkejut bila tengok Fathia Latiff freehair. Fuh kemain kau kak oi! Tetapi sampai sekarang dia susah nak jelaskan kenapa dia buat macam tu.

Bagaimanapun dia rasa bersyukur sebab ada peminat yang masih menerimanya di dalam industri dan tak pernah mempersoalkan kontroversi panasnya sebelum ini ataupun soal tentang membuka hijab.

Setakat ini, saya berjumpa peminat di luar, mereka tak pernah bercakap atau bertanyakan saya mengenai hal peribadi seperti buka hijab dan sebagainya. Mereka menghormati saya dan keputusan yang saya lakukan. Mungkin ada netizen yang bercakap buruk tetapi saya tak boleh elak. Saya banyak belajar dari pengalaman dan kesilapan yang saya lakukan, jadi saya mahu menjadi lebih serius dalam bidang hiburan selepas ini. Sangat sukar untuk saya jelaskan mengenai perkara peribadi yang terjadi dalam hidup saya. Mengenai sebab sebenar saya buka tudung, saya rasakan lebih baik saya simpan untuk diri saya sendiri.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.