Header Ads

Rita Rudaini Menangis Dalam Bilik Air


Pejam, celik! Dah 8 tahun Rita Rudaini jadi ibu tunggal kepada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Qaqa Arjuna, 8. Dia mengaku bukan sesuatu yang mudah untuk dia melaluinya dan dia perlu bekerja keras dalam bidang seni untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

Sudah lapan tahun saya membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. Saya bekerja keras siang dan malam demi memastikan dua anak dapat pendidikan yang terbaik dan hidup dengan lebih selesa. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala urusan membesarkan anak dan karier seni dipermudahkan Allah SWT.

 Setiap kali dia berdepan dengan masalah, dia tak suka tunjuk kesedihannya di depan anak-anak sebab dia nak dianggap sebagai hero di mata anak-anaknya. Hebat betul Rita ni! Sis salute dengan dia!

Terus terang, saya tidak suka menangis depan anak kerana mahu mereka anggap 'mummy' adalah hero mereka. Saya menangis bukan kerana diri ini lemah sebaliknya perlu meluahkan kesedihan itu untuk meneruskan kehidupan. Selalunya, saya akan masuk bilik air pada waktu malam untuk menangis dan meluahkan kesedihan yang dipendam.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.







Dikuasakan oleh Blogger.