Header Ads

"Ramai Yang Takut Dengan Netizen Berbanding Tuhan" - Noh Hujan


Bagus betul Noh Hujan dan Mizz Nina ni sebab diaorang ni selalu join aktiviti amal dan misi kemanusiaan. Artis Malaysia macam ni lah yang kita nak!

Baru-baru ini, diaorang pergi ke Syria untuk membantu saudara kita di sana. Bagaimanapun, ramai yang menganggap Noh dah tak macam dulu tetapi dia memberitahu yang dia masih sama tau, yang akan terus membawakan lagu genre Rock & Roll.

Ramai yang bertanya kenapa dia tak membawakan lagu bersifat ketuhanan. Ya lah, lebih baik dia jadi diri sendiri dan dia sendiri berkata dia tak akan memenuhi permintaan orang lain. Lagipun, sis rasa Noh ni dah tak nak kejar populariti kot dan dia nak berbakti kepada masyarakat. Bagus Noh ni!

Bila saya jumpa fans je, pasti tanya 'Noh kenapa lama tak keluar televisyen'. Ada juga yang tanya kenapa saya tidak membawakan lagu Islamik. Soalan saya di sini, mengapa saya perlu memenuhi selera orang sehingga perlu ketepi kepuasan sendiri. Saya tak perlu jadi orang lain. Di Malaysia ini, lebih ramai orang takut dengan netizen berbanding Tuhan. Saya lebih pentingkan keseimbangan. Saya sudah set waktu untuk muzik dalam diri hanya 30% sahaja selebihnya untuk keluarga dan kerja amal. Kalau saya all out untuk hiburan, apa yang tinggal? Dunia ini kejap sahaja. Saya sudah rasa zaman di atas. Sudah sampai masa saya beri semula kepada masyarakat.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.