Header Ads

Pasangan Muda Ingin Berkahwin Kerana Takut Tidur Seorang


Sulawesi, Indonesia ada satu pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun ingin berkahwin dan menjadikan alasan takut tidur seorang sebagai punca mereka ingin berkahwin.

Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.

Permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.

Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.