Header Ads

Lisa Surihani Ditawar Jadi Duta Jenama Tudung


Sejak membuat keputusan untuk berhijab, Lisa Surihani memberitahu beliau banyak mendapat tawaran untuk menjadi duta tudung. Namun Lisa merasakan masih awal untuk beliau menerima sebarang tawaran kerana baru berhijab.

"Ada tawaran menjadi duta, tapi buat masa sekarang belum lagi. Biarlah proses ini berjalan secara perlahan. Sebab takut sangat jika niat tersasar. Dalam masa sama, saya tak berani nak beri kata putus sama ada tidak mahu atau nak buat.

"Alhamdulillah, apa yang saya nampak mereka nak membantu dengan perjalanan spiritual sedang dilalui ini. Kalau nak tahu, sewaktu dapat hadiah pemberian Vivy ini, mak terkejut sebab dia menjangka saya 'shopping' tudung.

"Saya jadi 'blur' sekejap sebab mustahil tak ingat benda yang dibeli. Jadi, apabila pulang ke rumah, saya tengok ada tiga beg. Saya terus telefon dan cakap terima kasih. Dia cakap gembira dengan keputusan saya ini," katanya.

Selain usahawan terkenal Vivy Yusof menghadiahkan tiga bag tudung dari jenama Duck, Lisa berkata, beliau juga menerima banyak kiriman mesej peribadi (DM) di Instagram yang ingin menghantar tudung kepadanya.

"Begitu juga apabila ramai peminat DM nak hantar tudung. Saya berterima kasih dengan tawaran ikhlas mereka. Setakat ini memang banyak yang berikan hadiah. Masih berfikir nak susun macam mana," jelasnya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.