Header Ads

Lihat Lelaki Ini Didaftar Sebagai OKU Kerana Memiliki Alat Sulit Terpanjang di Dunia


Nampaknya mempunyai alat sulit yang panjang bukanlah sesuatu yang baik lagi buat kebanyakan lelaki. Ini kerana seorang lelaki Mexico yang dipercayai mempunyai alat sulit terpanjang di dunia telah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di negaranya.

Roberto Esquivel Cabrera, 54, dari utara bandar Saltillo, memiliki alat sulit sepanjang 18.9 inci.

Selepas mendaftar sebagai lelaki kurang upaya, dia layak menerima bantuan daripada kerajaan walaupun sebelum ini dia menolak untuk melakukan pembedahan bagi mengecilkannya.


Sementara doktor yang memerika Roberto memberitahu sebahagian alat sulitnya itu adalah sebenarnya kulit dan alat sulit sebenarnya hanya sepanjang enam atau tujuh inci sahaja.

Pasukan perubatan sudah beberapa kali meminta dia mengecilkan alat sulitnya supaya dia boleh bergerak seperti orang normal dan memiliki anak namun Roberto enggan.

“Dia lebih rela memiliki alat sulit yang besar berbanding orang lain. Dalam budaya latin sesiapa yang memiliki alat sulit besar dianggap sebagai macho.

“ Ia adalah sesuatu yang akan membuatkan dia berbeza daripada orang lain,” kata Dr Jesus David Salazar Gonzalez.

Disebabkan keadaannya itu, aktiviti seks Roberto menjadi terhad.

Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.