Header Ads

Lelaki Tua 60-an Bertindak Mencabul Kanak-Kanak Bawah Umur


Sebentar tadi telah berlaku satu kejadian dimana sekumpulan individu telah bertindak membakar sebuah kereta milik seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan berikutan satu video yang tersebar.

Sebelum kejadian ini berlaku, telah tersebar satu video menunjukkan seorang lelaki berusia linkugan 60-an telah mencabul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di dalam keretannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Wan Rukman Bin Wan Hassan berkata, siasatan didapati, suspek mengambil kesempatan dengan memperdaya mangsa dan mengajak mangsa keluar untuk membeli barang kegemaran mangsa.

Perbuatan suspek itu, katanya dilakukan semasa ketiadaan ahli keluarga mangsa di rumah.

“Hal ini telah berlaku sebanyak tiga kali tanpa pengetahuan keluarga mangsa pada sekitar bulan Jun 2019. Tindakan segera mengesan suspek telah dijalankan sehingga suspek ditahan,” katanya dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.

Susulan itu, katanya, polis turut merampas sebuah motorkar jenis Proton Waja dan dua buah telefon bimbit milik suspek dipercayai mengandungi video berhubung perbuatan kelucahan melampau ke atas mangsa.

Dalam video tular itu, lelaki yang berkepala botak berulang kali kelihatan memujuk kanak-kanak perempuan yang dilihat seperti bawah umur yang tidak berpakaian di atas paras dada, untuk melakukan onani pada alat sulitnya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.