Header Ads

“Kursus Keibubapaan Di Perluas Demi Memperkasa Institusi Kekeluargaan” - TPM


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu meningkatkan skil keibubapaan dalam masyarakat. Bagi meluaskan kursus keibubapaan berkenaan, kursus ini diletakkan dibawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). 

“Untuk makluman semua, Kementerian Sumber Manusia telah mengiktiraf bidang kemahiran keibubapaan (Parenting Skills) dalam senarai latihan bidang berdaftar di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

“Bermula 9 Julai, LPPKN telah dilantik sebagai Penyedia Latihan Keibubapaan Berdaftar kepada majikan sektor swasta untuk tempoh tiga tahun,” jelas Wan Azizah.

Pemberian insentif yuran latihan kepada majikan yang berdaftar dengan HRDF berjumlah RM62,500 bakal memanfaat 500 ibu bapa. untuk projek perintis berkenaan.

Menurut beliau, kerjasama antara pihak HRDF dan LPPKN itu perlu disambut baik oleh semua majikan di negara ini dalam memberi peluang kepada pekerja mereka menghadiri kursus berkenaan. Ibu bapa perlu kreatif dalam memastikan institusi kekeluargaan terus diperkasa.

Sumber: Awani

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.