Header Ads

"Kompaun Baru Saman Trafik Adalah Palsu!" - PDRM


Kecoh betul hari ini kerana berlaku penularan jadual mengenai kompaun baru saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di media sosial. Jadual berkenaan yang turut menggunakan logo PDRM berkenaan turut menyenaraikan 14 kesalahan trafik bersama pelbagai jenis kelas kenderaan, turut juga dipaparkan kadar kompaun yang lama dan yang baru.

Antara kompaun yang terkandung dalam jadual berkenaan adalah kesalah memandu laju, kompaun lama adalah sebanyak RM150 kepada RM70 sahaja. Bertindak dari itu, Facebook Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) PDRM menjelaskan bahawa tiada jadual kadar kompaun baru dikeluarkan seperti yang tular di media sosial. Tambahnya, kadar kompaun berkenaan tidak benar dan mengelirukan.

Sumber: Sinar Harian


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.