Header Ads

Kesihatan Adik Ainul Mardhiah Semakin Meningkat


Selepas terpaksa membatalkan perjalanan pulang ke Malaysia dan ditahan kerana kesihatan merosot, kini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dimaklumkan bertambah baik selepas mendapatkan rawatan susulan selepas menjalani pembedahan ketumbuhan mulut 'Germ Cell Tumour'.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata demikian dan menceritakan kemaskini terbaru adik Ainul di laman Facebooknya.


"Pertama sekali, saya mahu mohon maaf sebab tidak update perkembangan ainul sejak dua tiga hari ini". Alhamdulillah, ainul mardhiah seorang yang penuh kejutan. Doktor mahu ainul stay di sini untuk beberapa minggu lagi untuk rawatannya.

"Sepatutnya ainul dibenarkan balik dalam minggu ini, tapi atas faktor kesihatannya yang seidkit terjejas beberapa hari lepas, ainul diminta untuk stay dan makan ubat. Mungkin ada hikmahNya mengapa tidak jadi balik.

"Tapi jangan risau, ainul mardhiah telah lalui bermacam cabaran dalam hidupnya. kami suami isteri sangat yakin yang dia akan terus bersemangat!

"Terima kasih saya nak ucapkan atas doa doa yang baik dari kalian. Semoga Allah kembalikan semula doa doa itu kepada kalian dan keluarga. Amin!

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.