Header Ads

Keputusan Inkues Adib Disambung Semula Atau Tidak?


Lama betul rasanya untuk kita menantikan keputusan dari prosiding inkues Adib dan pada 24 Julai ini, pihak Mahkamah Koroner Shah Alam akan membuat keputusan samaada inkues ini ditamatkan atau sebaliknya.

24 Julai ini juga, pihak mahkamah akan memaklumkan keputusan permohonan peguam keluarga Muhammad Adib yang ingin memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian Adib.

Cadangan yang diterima adalah dengan memanggil saksi pakar forensik ketiga bagi menilai semula keterangan oleh kedua-dua saksi pakar forensik yang telahpun memberi keterangan sebelum ini. Ini perlu dibuat kerana berlaku beberapa pertikaian dari beberapa pihak.

Untuk pengetahuan korang, setakat ini seramai 30 orang saksi telah dipanggil dan memberikan keterangan yang bermula sejak 11 Februari lepas.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Dikuasakan oleh Blogger.