Header Ads

"Kami Baik-Baik Dan Tinggal Sebumbung!" - PU Abu


Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan mengakui berdepan konflik kecil dengan isteri barunya, Hana Azraa baru-baru ini. Bagaimanapun, jelas PU Abu hubungan mereka masih baik dan menafikan dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

"Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung. Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa.

"Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya malam tadi," katanya.

PU Abu juga dalam pada itu menasihati semua netizen agar berhenti membuat sebarang spekulasi susulan berhubung isu rumah tangganya bersama Hana Azraa yang sedang hangat diperkatakan.

"Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah!

"Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik- baik. Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia," pesannya.

Terdahulu, isteri baru PU Abu, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka kini dilanda badai dan bakal bercerai. Dakwa Hana, mereka sudah tinggal berasingan di Kuala Lumpur dan Kedah.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang merupakan seorang janda.

PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp. Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.