Header Ads

Hafiz Suip Semakin Kurus. Adakah Sakit Atau Ilmu Hitam?


Siapa je tak kenal penyanyi yang bernama Hafiz Suip. Dahlah suara merdu, haih sis pun cair bila dengar. Dulu penampilan Hafiz sedikit berisi dan berambut kerinting, sekarang dia dah kurus dan berambut pendek, kemas. Handsome sungguh!

Baru-baru ini ramai yang bertanya kenapa Hafiz semakin cengkung hingga mencetuskan pelbagai persoalan dan andaian. Okay lah, biar sis jelaskan. Dia sebenarnya kurus bukan sebab dia ada masalah kesihatan atau gangguan ilmu hitam tetapi dia yang nak nampak segak bila dekat depan skrin televisyen.

Wah! Lepas ni makin ramailah yang tergila-gila dengan penampilan baru Hafiz kan? Tapi korang kena ingat, dia tu lelaki orang. Kang tak pasal-pasal kena makan selipar dengan bini dia huhuhu.

"Saya kurus bukan sebab masalah kesihatan ataupun berkaitan dengan ilmu hitam kerana saya mempunyai alasan tersendiri untuk tampil demikian. Sebagai penghibur, saya perlu menitikberatkan penampilan dan mengekalkan bentuk tubuh supaya sedap mata memandang apabila beraksi di kaca televisyen.

"Kadangkala, saya tidak dapat mentafsir apa sebenarnya yang dimahukan masyarakat kerana ada sahaja yang mereka tidak puas hati. Kurus salah, gemuk pun susah dan akhirnya, saya memilih untuk tidak ambil pusing kata-kata orang lagi. Apa yang penting, ia bukan kerana masalah kesihatan atau ilmu hitam," katanya.

Jadi korang jaganlah risau ok, doakan yang baik-baik sahaja. Sekarang, Hafiz juga dikatakan lebih minat untuk melakukan aktiviti hobinya, iaitu memancing kerana ia memberikan kepuasan. Siapa yang minat memancing tu, boleh la roger Hafiz.



A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Dikuasakan oleh Blogger.