Header Ads

Faizal Ismail Lanjut Pengajian Di UK


Sis dah lama tak dengar cerita tentang bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail. Dengar cerita dia nak sambung belajar peringkat Sarjana Industri Kreatif dan Budaya dekat United Kingdom di Universiti Cardiff tak lama lagi. Biasanya Faizal disapa sebagai FBI dan impiannya dah tiga tahun tersimpan untuk melanjutkan pengajian, akhirnya tercapai juga kan? Alhamdulillah.

"Ketika merancang untuk menyambung pelajaran, tiga tahun lalu, isteri mengandung dan hasrat itu terpaksa dilupakan seketika. Alhamdulillah, impian itu akhirnya tercapai juga dengan izin Allah. Saya berharap, segala ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang di sana nanti dapat dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat kelak, insya-Allah," katanya.

Faizal akan membawa bersama anak dan isteri dia ke luar negara sebab dia nak menyesuaikan diri dengan suasana baru di sana dan dia memberitahu walaupun dia akan menetap di sana, dia tetap meneruskan bisnes makanan dia dengan ejennya yang terpilih.

"Alang-alang menyambung pengajian di UK, saya mahu anak turut mendapat pendedahan di tempat baharu. Mereka juga akan bersekolah di sana. Sekurang-kurangnya, ada pengalaman berbeza yang mungkin tidak dapat dirasai di negara sendiri.

"Insya-Allah, saya akan memperkenalkan produk itu ke UK pula. Selain itu, program temu bual dalam talian bersama Fara Fauzana iaitu Dbilique akan diteruskan seperti biasa," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.