Header Ads

Dewan Rakyat Cipta Sejarah Penting Negara


Hari ini, Dewan Rakyat telah melakar sejarahnya yang dilihat akan memberi kesan yang banyak pada negara apabila meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan umur minimum mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan)2019, telah menerima 211 sokongan daripada 222 ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagi dilakukan dan keputusannya lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Untuk pengetahuan korang, pindaan ini juga merupakan yang pertama sejak pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, pindaan itu dibahaskan lebih 60 ahli Parlimen kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkannya untuk bacaan kali kedua pada 12 tengah hari ini.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.