Header Ads

Datuk Seri Tak Mengaku Tipu RM100,000


Seorang individu bergelar datuk seri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM100,000, dua tahun lalu.

Abdul Majid Zainal Abidin, 62, dan Zulfa’is Shah Ghapar Shah, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sudah menipu ahli perniagaan, Ang Kuah Chua, 53, dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai RM100,000.

Ia bertujuan untuk mendapatkan segala dokumen yang berkaitan tanah gantian kepada syarikat Arena Juta Niaga Sdn Bhd.mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Permulaan, mereka tidak diberikan jaminan oleh pihak polis. Setelah melakukan permohonan ikat jamin menerusi peguam mereka, mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: MyMetro

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.