Header Ads

BoBoiBoy dan Adudu Datang Buat Live Kat Set Meletop Serius Gempak Siot!!


Fuhh! Korang tengok tak temubual BoBoiBoy dengan Adudu malam tadi dekat Meletop? Memang terbaik weh sebab kami dekat Ohmedia pun teruja dan terharu bila animasi Malaysia kita boleh sampai tahap ni. Untuk pengetahuan korang, malam tadi Meletop yang dipengacarakan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa telah menjemput BoBoiBoy bagi temubual filem Animasi kedua Monsta iaitu BoBoiBoy Movie 2.

Apa yang menarik adalah, temubual kali ini memang boleh dikatakan kali pertama dilakukan di Malaysia, mahupun Asia apabila watak animasi BoboiBoy dan Adudu secara CGI telah dikeluarkan untuk melakukan temubual secara live.

Mesti korang macam tak percaya kan? Siapa yang tengok live malam tadi mesti perasan. Maklumlah kebiasaannya jika filem animasi dikeluarkan, mestilah pengarah dan pelakon suara yang akan ditemubual. Tetapi kali ini Monsta membuat satu kelainan di mana watak sebenar animasi itu sendiri yang dilihat datang ke set Meletop.

Jika dilihat dari komen-komen di chanel Youtube Meletop juga, rata-rata mereka sangat teruja dan bangga dengan apa yang ditampilkan.

Ohmedia rasa, BoBoiBoy dan Adudu.....du dalam live atas ni bukan dirakamlah. Mungkin BoBoiBoy betul-betul wujud kot, haha. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada team produksi Meletop dan Monsta kerana berjahya membawa satu kelainan dan menghiburkan kami semua. Jadi korang jangan lupa saksikan filem BoBoiBoy Movie 2 di pawagam pada 8.08.2019 ini dan tempah tiket sekarang!



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.