Header Ads

Hukum Baca Talkin Selepas Menguburkan Jenazah


Soalan:
Apakah hukumnya di sisi syarak membaca talkin bagi mayat selepas tanamnya dan menyampaikan pengajaran di atas kubur dan berdoa baginya?

Jawapan:
Bermula talkin orang yang mati dan berdoa baginya selepas daripada menanamnya adalah sunat. Ini berdasarkan hadith riwayat Abu Umamah Al-Bahili r.a, berkata beliau: Telah disuruh akan kami oleh Rasulullah saw dengan sabdanya:

إِذَا مَاتَ أَحَدٌ مِنْ إِخْوَانِكُمْ، فَسَوَّيْتُمُ التُّرَابَ عَلَى قَبْرِهِ، فَلْيَقُمْ أَحَدُكُمْ عَلَى رَأْسِ قَبْرِهِ، ثُمَّ ليَقُلْ: يَا فُلَانُ بْنَ فُلَانَةَ. فَإِنَّهُ يَقُولُ: أَرْشِدْنَا رَحِمَكَ اللهُ، وَلَكِنْ لَا تَشْعُرُونَ، فَلْيَقُلْ: اذْكُرْ مَا خَرَجْتَ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّكَ رَضِيتَ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا، فَإِنَّ مُنْكَرًا وَنَكِيرًا يَأْخُذُ وَاحِدٌ مِنْهُمْا بِيَدِ صَاحِبِهِ وَيَقُولُ: انْطَلِقْ بِنَا مَا نَقْعُدُ عِنْدَ مَنْ قَدْ لُقِّنَ حُجَّتَهُ، فَيَكُونُ اللهُ حَجِيجَهُ دُونَهُمَا
“Apabila meninggal dunia seseorang dari saudara kamu dan telah kamu ratakan akan tanah di atas kuburnya, maka hendaklah seseorang dari kamu berdiri pada sisi kepala kuburnya kemudian mengucapkan: “Wahai Fulan bin Fulan.” Maka sesungguhnya dia menjawab: “Bimbinglah kami semoga Allah merahmati kamu.” Akan tetapi kamu tidak menyedari. Maka hendaklah dia berkata: “Ingatlah kamu setelah keluar kamu daripada dunia ini iaitu kalimah Tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad itu hamba Allah dan pesuruh Allah. Dan bahawa kamu redha Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi dan al-Quran sebagai imam.” Maka sesungguhnya Munkar dan Nakir setiap satu daripadanya menarik tangan temannya sambil berkata: “Kita pergi kerana dia telah diajar akan hujjahnya dan hujjahnya nanti di hadapan Allah bukan di hadapan keduanya.” [Riwayat Tabarni]

Maka tidak mengapa mendahului bacaan doa dengan memberi peringatan dan pengajaran yang mengingatkan akan negeri akhirat supaya menjadi lembut segala hati dan mendidik hati supaya merendah diri kepada Allah dan menghimpunkan keinginan di dalam berdoa.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.