Header Ads

Aliff Aziz Nangis Teresak-Esak Depan Ustaz Ebit Lew


Berdepan kontroversi curang sehingga bahtera perkahwinannya dengan Bella Astillah bertemu titik noktah pada 16 Mei lalu, nampaknya netizen lebih berminat dengan gosip-gosip panas terpalit Aliff Aziz berbanding karier seninya.

Menerusi perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew, beliau menceritakan pengalamannya bertemu dengan Aliff Aziz di Singapura. Entri tersebut menjadi perhatian netizen dimana memaparkan Aliff yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang berlaku dalam hidupnya.



Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah perkongsian dengan Aliff Aziz. Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. . Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis . Boleh tengok full video dakwah dan perbualan di youtube ebitlew. Klik link di bio #subscribeYouTubeEbitLew #fullvideo www.keluargasunnah.com #jomDaftarkeluargasunnah #tourNegeriOktober2019 #ebitlew #ustazebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

"Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi 'asbab' kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual. Saya tanya (kepadanya) jika hari ini adalah hari terakhir. Tiada esok, tiada lusa.

"Apa (dia) nak cakap kepada yang disayangi dan anak yang sangat 'cute'. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. Syukur dengar Aliff kini yang menjaga solat, mula hafal al-Quran. Nenek dan datuknya orang sangat baik. Begitu juga mak dan ayahnya. Tadi, banyak soalan agama daripadanya. Setiap manusia diuji Allah," katanya.

Dalam pada itu, Ebit mengagumi kesungguhan Aliff yang mula mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan berusaha menjadi insan lebih baik. Diakhir perkongsian, Ebit turut berdoa semoga Aliff akan terus istiqamah kerana Allah dan persiapan akhirat.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.