Header Ads

Hafizh Syahrin Sah Bakal Digantikan Pelumba dari Afrika Selatan


Setelah dua musim pelumba negara kita Hafizh Syahrin berada di pentas MotoGP, akhirnya HS55 terpaksa akur apabila nama seorang pelumba dari Afrika Selatan disebut akan menggantikannya.

Pelumba terbabit ialah Brad Binder dan ia telah sah akan menggantikan HS55 dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 untuk musim hadapan.


Sebelum ini, ramai pihak telahpun menjangkakan perkara ini, di mana Hafizh tidak menerima sebarang pembaharuan kontrak dari KTM berbanding rakan pasukannya dari Portugal, Meguel Oliveira yang sudahpun disahkan menyertai grid kelas MotoGP bersama Tech3 bagi musim 2020.

Pertukaran jentera kepada KTM turut memainkan peranan kepada prestasi Hafizh musim ini menyaksikan beliau dan pasukan masih dalam proses 'mengenali' jentera KTM RC16 selepas 20 tahun bersama Yamaha.





Dikuasakan oleh Blogger.