Header Ads

2 Tahun Lagi Semua Orang Boleh Menginap Di Angkasa


Lepas ini, satu lagi pengalaman menginap di hotel akan kita alami apabila sebuah hotel mewah bakal dibina di angkasa lepas dan ia merupakan pertama di dunia dikenali sebagai 'Aurora Station'. Bakal dilancarkan pada 2021 ini dan akan mengenakan bayaran sebanak AS$9.5 juta atau RM37 juta bagi penginapan selama 12 hari.

Syarikat terbabit, Orion Span mengumumkan, hotel berkenaan akan mula berada di orbit dalam tempoh empat tahun sebelum mampu menerima kunjungan penginapnya dalam tempoh lima tahun.


Berbeza dengan hotel biasa, para penginap tinggal dalam keadaan sifar graviti angkasa dan berpeluang menikmati keindahan bumi dari angkasa lepas serta menyaksikan matahari terbit dan terbenam sebanyak 16 kali sehari.

Hotel yang mampu menampun seramai enam orang penumpang itu termasuk dua kru dan firma itu bakal membina stesen angkasa lepas sendiri tetapi belum mengesahkan perincian pelancarannya dengan mana-mana syarikat.

Jadi, kalau korang berminat, bolehlah membayar wang pendahuluan sebanyak AS&80,000 atau RM309,000 dan korang juga perlu mengikuti latihan selama tiga bulan di pusat kemudahan Orisan Span, Houston, Texas bagi memastikan keselamatan terjamin.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.