Header Ads

Video Intim : "Saya Pun Tak Sangka" - Anwar Ibrahim


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak menyangka tuduhan skandal seks yang pernah menggoncang karier politiknya masih digunakan dalam arena politik Malaysia. Presiden PKR itu berkata, beliau berasakan amat malang apabila agenda politik berkenaan turut menimpa timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


“Sudah tentu saya sangka apa yang saya alami (sebelum ini) patut menjadi yang terakhir, tetapi malangnya trend ini seolah-olah berterusan dan ia amat menyedihkan, memualkan dan saya tidak faham mengapa ini harus terus berlaku,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita di Petaling Jaya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR petang tadi. Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkembangan terkini mengenai dakwaan seorang anggota PKR bahawa Mohamed Azmin terlibat dalam hubungan sejenis.

Ia ekoran tersebar rakaman klip video yang didakwa dirakam di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei lalu, ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kawasan tersebut.


Mohamed Azmin dalam satu kenyataan media petang semalam bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah orang yang dilihat dalam rakaman video tersebut. Untuk rekod Anwar disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat pada 1999 dan 2014 namun diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PH menawan Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.



Sumber : New Malaysian Post
Dikuasakan oleh Blogger.