Header Ads

"Tumor Seberat 200g Berjaya Kita Buang, You're Strong Baby Girl" - Doktor Amalina


Berita yang sangat dinantikan-nantikan rakyat Malaysia apabila ingin mengetahui perkembangan hasil pembedahan adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di London. Hari ini, adik Ainul yang baru sahaja berusia sembilan bulan dan menghidap 'Germ Cell Tumour' dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya semalam.

Ketumbuhan seberat 200 gram itu mula membesar sejak dilahirkan dan ia berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor pakar bedah dan anestetik yang diterajui oleh Ketua Unit Craniofacial, Prof David Dunaway.


Turut terlibat dalam pembedahan ini adalah doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.

Untuk pengetahuan korang, Dr Ong merupakan asal dari Pulau Pinang, Malaysia dan menjelaskan bahawa, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.

Sekarang adik Ainul perlu dijaga dengan rapi supaya luka pembedahan dapat sembuh dengan cepat.



"(Ketika pembedahan) tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.

"Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.

"Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan," katanya.




Ini pula reaksi bapa kepada adik Ainul,Ahmad Safiuddin Ahmad Razak.

"Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.

"Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan (tanpa ketumbuhan di mulutnya), dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul," katanya yang ditemani isteri, Nurul Erwani Zaidi.





Alhamdulillah, Ainul, you're strong baby girl!

Dalam perkongsian lain, Dr Amalina Bakri turut menyatakan rasa syukurnya apabila memaklumkan berita gembira itu di laman Instagramnya. Dr Amalina turut berkongsi waktu proses pembedahan yang menyatakan ia memakan masa selama lima jam untuk membuang tumor terbabit.

Dr Amalina menzahirkan rasa berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan tersebut. Buat masa ini, Ainul sedang dipantau dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau juga menceritakan bahawa tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan ibu bapa Ainul iaitu Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani. Perkara ini adalah kerana perasaan emosinya bercampur rasa gembira pada masa yang sama.



Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weigh 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong. They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG)
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on


Ini pula reaksi netizen yang rata-rata mengucapkan rasa syukur beserta ucapan tahniah kepada pasukan pembedahan yang terlibat:



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Powered by Blogger.