Header Ads

ToGather:Island Merupakan Permainan Buatan Malaysia Yang Bakal Dilancarkan Pada Tahun Ini



ToGather:Island adalah Game Open World Survival Adventure Buatan Anak Malaysia iaitu Todak dan bakal dilancarkan pada tahun ini. Mereka kini sedang berada di Los Angeles untuk mengumumkan Trailer ToGather:Island di E3. Dalam permainan ini korang akan berhadapan dengan pelbagai cabaran di pulau tersebut.

Inilah masanya untuk korang merungkai misteri yang terdapat di Pulau tersebut. Menariknya permainan ini korang boleh bercucuk tanam, memburu haiwan serta meneroka ke pulau lain menggunakan rakit. Korang juga boleh mengubah penampilan karakter permainan tersebut. permainan ini juga boleh dimainkan dalam mod multiplayer bersama kawan-kawan korang.



Jika korang nak tahu tentang permainan ToGather:Island ini dengan lebih lanjut korang boleh menonton trailer di bawah. permainan ini dijangka akan dikeluarkan di platform PC pada tahun ini. So mari lah kita bersama-sama menyokong produk dan permainan dari anak Malaysia. Syabas dan Oh! Media menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Todak.





















.
Powered by Blogger.