Header Ads

Syarikat Pertama Malaysia Melakar Sejarah Di Peringkat Antarabangsa Untuk E3



Todak telah melakar sejarah sebagai peserta pertama dari Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada Electronic Entertainment Expo (E3) yang telah diadakan pada 11 Jun hingga 13 Jun 2019 di Los Angeles Convention Center. E3 merupakan satu pameran terbesar di dunia di mana pameran ini mengumpulkan pelbagai nama-nama besar di dalam industri permainan video digital di bawah satu bumbung. Pameran ini juga merupakan platform terbaik kepada peserta untuk mempamerkan peralatan dan juga permainan video terkini mereka. Berbekalkan dengan slogan “Langgar”, Todak berhasrat untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia digital secara Global dan E3 merupakan platform terbaik untuk mencapai matlamat mereka.

Sambil berkongsikan aspirasi beliau, Khairul Azlan Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Todak mempunyai satu matlamat yang penting, “Memandangkan industri E-sukan semaking berkembang dengan pesat, Malaysia hendaklah bersaing secara kompetitif untuk berada dalam kalangan nama nama besar di dalam industri ini. Todak sememangnya bersedia untuk menyahut cabaran dan melangkaui segala had yang ada”.




Penglibatan Todak di E3 adalah sejajar dengan pelancaran peralatan permainan video meraka iaitu kerusi “gaming”, papan kekunci mekanikal, peralatan audio, tetikus “gaming” dan alas tetikus. Terletak di “South Hall”, Todak juga menyediakan peluang kepada pengunjung untuk mencuba permainan video mereka bertajuk “To-Gather Island” di mana pemain perlu mencuba untuk kekal hidup di sebuah pulau setelah terpisah dari kumpulan dengan mengumpul sumber hidup, membina dan bercucuk tanam sambil menentang musuh.

Segala perkembangan terkini mengenai Todak boleh didapati di laman Facebook rasmi Todak dan juga di laman sesawang www.todak.com.







Sumber: Todak
Dikuasakan oleh Blogger.