Header Ads

'Sudah Buang Kini Mahu Kutip' - Google Mahukan Huawei Semula


Rasanya macam dah senyap sikit isu pasal Huawei dan Amerika Syarikat ni. Tapi kalau korang nak tahu, pihak Google sedang mencuba untuk jalinkan semula kerjasama bersama Huawei selepas keputusan untuk memutuskan hubungan sebelum ini ditangguhkan selama 3 bulan.

Aha, dah ludah jilat balik nampaknya, haha. Syarikat Google juga dikatakan sedang mencuba pentadbiran Donald Trump untuk mereka terus melakukan perniagaan bersama syarikat teknologi China, Huawei yang dilaporkan oleh Financial Times.

Google juga telah mendakwa pengharaman kerjasama dengan Huawei hanya akan menimbulkan risiko keselamatan negara itu. Menurut laporan itu, eksekutif Google masih berunding dengan DOC untuk menyambung tempoh pembekuan tersebut atau mengecualikan pengharaman sepenuhnya.

Google berkata risiko keselamatan akan bertambah tinggi sekiranya Huawei berjaya mewujudkan sistem operasi sendiri.

“Google berhujah bahawa jika hubungan dengan Huawei dihentikan, AS akan mewujudkan dua jenis sistem operasi Android: versi asli dan hibrid.

“Versi hibrid dijangka mempunyai lebih banyak ‘bugs’ (masalah) berbanding versi Asli Google dan ia mewujudkan risiko terhadap peranti Huawei digodam,” menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang rundingan itu.

Sumber: Awani

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.