Header Ads

Status Halal Minuman The Alley dan Xing Fu Tang Tiada Dalam Data JAKIM?


Persolan mengenai status halal bagi sesuatu produk terutamanya makanan memang perlu ditimbulkan kerana ia akan menjadi darah daging kita apabila sesuatu makanan masuk ke dalam badan kita. Seperti yang kita lihat sekarang, muncul satu fenomena apabila minuman yang berasaskan 'bubble tea' menjadi pilihan dan ikutan ramai. Jadi, disebalik tersebarnya ikutan ini, muncul persoalan mengenai status halal produk minuman dari Xing Fu Tang dan The Alley.

Mana tidaknya, jika korang perasan, saban hari kita akan melihat gambar perkongsian pengguna-pengguna media sosial menunjukkan minuman ini dan kedai minuman ini pula dilihat semakin banyak dengan pelbagai jenama.

Timbul rasa ragu-ragu

Mengenai persoalan status halal, seorang pengguna sosial media telah maikkan persoalan ini yang dimuat naik di akaun Facebooknya apabila ingin mencuba dua jenama popular ini, namun timbul rasa ragu-ragu apabila tiada tanda halal di premis berkenaan dan hasil cariannya di laman JAKIM turut tidak dapat dijumpai.


Kenapa kita perlu titik beratkan soal halal?


Berikut merupakan hasil cubaan carian status halal di laman JAKIM:



Kesan dari itu, perkara ini terus menjadi bualan netizen yang masing-masing telah mula mempersoalkan perkara ini sehingga mendapat lebih 7,000 perkongsian dan lebih 5,000 komen. Ada juga yang memberikan kecaman kepada mereka yang sering menyoal tentang status halal. Ini juga termasuklah ada pihak yang menyatakan bahawa Xin Fu Tang telah menerima sijil halal dari Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA).

Ini pula respon dari Xin Fu Tang dan The Alley.


Xin Fu Tang menjelaskan bahawa mereka telah mendapat sijik Halal Taiwan dan menegaskan bahawa produk minuman mereka Pork-free dan Lard-free.

The Alley pula menjelaskan bahawa mereka kini sedang giat mendapatkan sijil halal dari JAKIM.


Jawapan dari JAKIM

Untuk jawapan yang lebih jelas mengenai perkara ini, JAKIM turut telah memberikan jawapan mereka.


Apa yang boleh disimpulkan adalah, kita sememangnya ada hak untuk mempersoalkan kesahihan sesuatu produk jika timbul rasa ragu-ragu dan turut tidak menjadi kesalah untuk kita mencuba makanan terbabit jika berasa yakin bahawa ia bersih. Yang penting, sudah menjadi tanggungjawab seorang peniaga untuk memastikan produk mereka halal dan bersih.

Apa-apa pun, kita harapkan status halal bagi produk ini dapat diselesaikan dengan cepat. Sama juga seperti status halal Family Mart beberapa bulan lalu yang dipertikaikan dan kini telah mendapat sijil dari JAKIM.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.