Header Ads

"Salah Husband Ke?" - Netizen


Usahawan terkenal dan pengasas jenama Duck Scarf, Datin Vivy Yusof diusik netizen apabila bergambar bersama pelakon Awal Ashaari. Foto yang dimuat naik oleh Awal menerusi akaun Instagramnya itu merakamkan Vivy seolah-olah menyandarkan badannya bersama aktor itu manakala suaminya, Datuk Fadza Anuar pula berada disebelahnya.



A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

"Drivers Breakfast Club. #noitsnotwhatyouthinkitis" tulisnya ringkas. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Vivy dan memberikan komen-komen lucu kepada wanita cantik itu.


Kepada pembaca, bagaimanapun jangan cepat melatah kerana itu semua hanyalah disebabkan efek sudut foto berkenaan diambil sahaja.


Vivy dan Fadza Anuar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Daniel Azim Shah, 5, Mariam Iman Shah, 3 dan Sarah Ilham shah yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan




Dikuasakan oleh Blogger.