Header Ads

Sajat Mahu Bina Masjid Dan Rumah Pekerja


Nama usahawan kosmetik, Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Meskipun sering terpalit dengan kontroversi panas namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan. Baru-baru ini di Instagram, Sajat meluahkan rasa syukur di usia 34 tahun dia sudah memiliki tanah sendiri seluas 3 ekar hasil menjual bengkung. Katanya lagi, hasil kejayaannya ini juga adalah berkat doa ibu bapanya.


Menerusi perkongsiannya itu, Sajat berhasrat untuk membina beberapa perumahan dan masjid di atas tanah tersebut. Malah Sajat juga ingin berikan rumah buat pekerjanya sebagai hadiah ganjaran. Diruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji niat murni usahawan tersebut dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Malah, ada juga pelajar yang memberikan cadangan kepada Sajat untuk membina beberapa kemudahan di sekitar kawasan tersebut memandangkan kedudukan tanah itu terletak berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Melaka.


Meskipun ada yang mengecam, namun ramai yang menyokong niat baik Sajat itu. Tidak kurang juga ada juga yang mendoakan agar Sajat terus istiqamah untuk berubah ke arah lebih baik.


Powered by Blogger.