Header Ads

Ronaldo Umpan Pemain Untuk Tidak Ke Manchester United


Bagi persediaan musim hadapan, kebanyakan pasukan bola sepak akan mula mencari dan membuang pemain mereka bagi memastikan pasukan tampil lebih kuat untuk misi akan datang. Dalam pada itu, pemain sensasi Cristiano Ronaldo yang merupakan bekas pemain Manchester United telah menasihatkan pemain Ajax, Matthijs de Ligt untuk tidak ke United.

Ronaldo yang kini bersama pasukan Juventus itu memberikan gesaan terbabit apabila Matthijs dikatakan telah mendapat tawaran untuk ke United dan Ronaldo mengajak pemain itu untuk memilih Juventus.

Pesanan ini diberikan kepada Matthijs setelah pemain pertahanan tengah Belanda ini telah membantu pasukan untuk menjulang gelaran Liga Negara-negara di Porto.

Ronaldo yang juga kapten Portugal dilihat berbual dengan pemain muda bernilai £60j (RM317 juta) itu sejurus wisel penamat Portugal mengatasi Belanda 1-0.

Dengan wajah ceria, Ronaldo, 34, menyentuh rambut de Ligt sebelum meninggalkannya untuk meraikan kejayaan bersama rakan sepasukannya.

De Ligt, 19, masih belum membuat keputusan untuk menyertai kelab mana pada musim depan.

United, Liverpool, Barcelona dan Paris Saint-Germain berminat mendapatkan tandatangan pemain terbabit.

Namun, bila ditanya samaada dia akan bersama Juventus atau tidak, ini jawapannya. "Ia mungkin benar, ya.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.