Header Ads

Rihanna Kini Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia


Rihanna muncul sebagai penyanyi wanita dengan pendapatan paling tinggi di dunia, jauh mengatasi Madonna, Céline Dion dan Beyoncé. Penyanyi berusia 31 tahun itu kini bernilai AS$600 juta (RM2.49 bilion), meninggalkan Madonna sebanyak AS$30 juta (RM124.7 juta), Dion (AS$150 juta atau RM623.9 juta) dan Beyoncé (AS$200 juta atau RM831.9 juta).

Walaupun Rihanna terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Umbrella, Diamonds dan What's My Name, muzik bukanlah satu-satunya sumber kekayaannya. Menurut Forbes, majoriti pendapatannya diperoleh daripada perkongsiannya dengan LVMH, syarikat barangan mewah Perancis yang turut memiliki Christian Dior, Givenchy dan Louis Vuitton.

Bulan lalu, bintang kelahiran Barbados itu melancarkan label fesyennya, Fenty, menjadikan wanita kulit hitam pertama yang memiliki jenama asli bersama LVMH. Selain Fenty, pemilik nama sebenar Robyn Rihanna Fenty ini turut memiliki jenama pakaian dalam, Savage X Fenty, yang dilancarkan tahun lalu, dan jenama kosmetiknya, Fenty Beauty, yang ditubuhkan pada tahun 2017.

Fenty Beauty menjana pendapatan kira-kira AS$570 juta (RM2.37 bilion) dalam tempoh 15 bulan pertama, dengan anggaran perolehan keuntungan setakat ini mencecah AS$3 bilion (RM12.47 bilion).

Powered by Blogger.