Header Ads

Ramai Turut Berasa Sedih Dengan Kehilangan Fasha dan Keluarga


Pelakon Fasha Sandha yang sebelum ini dikatakan sudah berbadan dua, kini telah berkongsi berita sedih selepas mengalami keguguran anak dalam kandungannya.

Fasha yang sedang mengandungkan anak hasil bersama pelakon Aidil Aziz yang berkahwin pada 30 Mac lalu menyatakan rasa sedih dan terkilannya di Instagram miliknya dengan berkata,"Ibu mintak maaf suamiku tercintam Rayfal dan Jemyma sayang".



Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2 😔 Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik 😔 To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha . . Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika. #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha turut kongsikan video dia meminta maaf kepada anaknya Rayfal dan Jemyma yang menyatakan anaknya memang tidak sabar untuk mendapatkan adik sejak dulu lagi. Anak Fasha berulang kali menasihatkan agar ibunya perlu makan lebih banyak selepas ini.

Turut dapat dilihat ramai yang melahirkan rasa sedih dan simpati serta ada juga yang tidak dapat menahan air mata apabila menonton video berkenaan.




+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Powered by Blogger.