Header Ads

Planet Zoo Bakal Hadir Pada Bulan November


Planet Zoo merupakan permainan baru tentang bagaimana untuk menguruskan haiwan dengan baik di zoo. Yang menariknya, korang boleh mencipta zoo impian korang sendiri. Buat pencinta haiwan pasti mereka tidak sabar menunggu permainan ini dilancarkan pada bulan November nanti.

Untuk pengetahuan korang, Permainan Planet Zoo ini diwujudkan oleh Frontier Developments. Sebelum ini Frontier Develoments telah mempunyai game sim yang sangat menarik seperti Planet Coaster dan Jurassic World Evolution. Permainan baru Planet Zoo ini diumumkan oleh Frontier Developments di E3 semalam.



Oh! Media awal-awal lagi dah beli sebab minat punya pasal. So kalau korang dah tak sabar boleh je terus pre order sekarang. Cuma korang kena tunggu permainan ini dikeluarkan secara rasmi pada bulan 11 baru dapat main.






Planet Zoo bakal hadir pada 5 November di Platform PC. Mimin rasa mesti korang dah tak sabar nak menguruskan haiwan serta kawasan dalam permainan baru ini. So sementara menunggu Planet Zoo ini dilancarkan korang boleh lah datang bermain pelbagai permainan di Oh Media Gaming.
Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.











Powered by Blogger.