Header Ads

PETRONAS Perkenalkan Perkhidmatan Terbaru Mereka Kepada Pengguna


Korang pernah terfikir tak untuk wujud satu perkhidmatan isi minyak bergerak? Aha, korang tak payah fikir-fikir lagi sebab PETRONAS melalui anak syarikatnya, Petronas Dagangan Bhd telah memperkenalkan perkhidmatan ini.

Perkhidmatan yang dikenali sebagai ROVR ini membolehkan pengisian bahan api yang lancar dan selamat bagi kedua-dua pemandu komersial dan harian di luar stesen minyak konvensional.

Tapi kalau korang nak tahu, mereka telahpun melakukan percubaan perkhidmatan ini seawal Oktober 2018 lagi dan ia dilihat berjaya menyelesaikan masalah pelanggan komersial (B2B) dengan lebih sejuta liter bahan api.


Trak pengisian minyak ROVR dijamin selamat dan diperakui untuk penghantaran dan pengeluaran minyak mematuhi keperluan ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan pengawalseliaan.

“Semua trak ROVR dilengkapi dengan sensor untuk memantau maklumat penting dan mengekalkan keselamatan operasi sepanjang tempoh perkhidmatan. Barisan jentera ROVR terdiri daripada sebuah trak berkapasiti 4,000 liter dan tiga trak 11,000 liter untuk pelanggan komersial.

“Trak dengan kapasiti 3,000 liter untuk pengguna akhir kerana masih dalam peringkat ujian. PDB akan mengembang perkhidmatan ROVR ke seluruh negara serta menambah lebih banyak tapak pengisian minyak menjelang hujung tahun ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Dikuasakan oleh Blogger.