Header Ads

Pesan Salmon Salted Egg, "Delivery" Guna Lamborghini? Betul Ke Ni?!


Tampil membuat kejutan, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B, apabila beliau mahu menghantar barangan produknya menggunakan kereta mewah model Lamborghini. Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14 tahun, mempamerkan skil memandunya Lamboghini miliknya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya. Menurut Cik B, barangan itu akan dihantar kepada pelanggannya yang bertuah.
"Nak COD (Cash On Delivery) ni, kalau nak tahu siapa orang yang bertuah ni, jom ikut Cik B," katanya.

Meskipun ada yang amat mengagumi kereta mewah dipandu usahawan muda itu. Kebanyakkannya mereka merasakan Cik B sangat bertuah kerana berpeluang memandu Lamborghini di usia muda, ada juga netizen yang mempersoalkan kelayakan Cik B memandu memandangkan dia masih berusia 14 tahun dan tidak mempunyai lesen.

Sumber : Awani

Oh!Media : Kami percaya ini hanya gimik untuk melariskan lagi produk Cik B. Lagipula, kereta sport berkenaan sangat bahaya jika dipandu oleh remaja berumur 14 tahun. Kesilapan kecil boleh mengundang kepada perkara yang tak diingini berlaku.

Dikuasakan oleh Blogger.