Header Ads

Marvel Avengers Akan Dilancarkan Pada 2020



Square Enix telah mengumumkan permainan Marvel Avengers yang dinantikan ramai akan tiba pada tahun depan. Ianya merupakan hasil kerjasama antara Eidos Montreal dan Crystal Dynamics. Antara watak Avengers utuk Permainan aksi pengembaraan ini ialah Captain America, Iron Man, Thor, Hulk dan Black Widow. Semuanya bermula di A-Day, di mana Captain America, Iron Man, the Hulk, Black Widow, dan Thor sedang mengumumkan HQ Avengers mereka di San Francisco.

Semasa A-Day sedang berlangsung 5 adiwira Avengers ini diserang dan telah mengakibatkan kemusnahan besar di bandar tersebut. Mereka dituduh menyebabkan perkara ini terjadi sehingga membuatkan mereka berpecah. Selepas 5 tahun adiwira Avengers ini kembali bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, korang juga boleh bermain permainan ini dalam mod multiplayer.

Marvel Avengers Square Enix akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 di konsol Playstation 4, Xbox One, PC dan Stadia. Mimin tak sabar nak guna Thor dan Ironman. Harap ada ramai lagi adiwira Avengers akan muncul dalam permainan ini selain yang dinyatakan.













Powered by Blogger.