Header Ads

Legenda Bola Sepak Brazil, Ronaldo Perkuat Serangan JDT


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini telah mengesahkan akan membawa bekas penyerang antarabangsa Brazil, Ronaldo untuk menjayakan perlawanan amal di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Jun nanti.

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) TMJ turut diperkuatkan dengan tiga bekas bintang Perancis - Robert Pires, Claude Makalele dan Florent Malouda.

TMJ yang akan bermain di posisi tengah menyerang juga akan bergandingan dengan bekas pemain tengah Argentina, Esteban Cambiasso dan dua pertahanan dari Itali, Marco Materazzi serta Gianluca Zambrotta.

Beberapa pemain JDT seperti penjaga gol, Farizal Marlias, La'Vere Corbin-Ong, Mauricio Nascimento, Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid turut berada dalam skuad JDT TMJ.

TMJ turut berkata, "Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women's Aid Organisation," jelas kelab itu.
Dikuasakan oleh Blogger.