Header Ads

Lagi Asteroid Dijangka Menghentam Bumi Pada September Ini


Kajian Agensi Angkasa Eropah (ESA) kali ini telah mengeluarkan maklumat terbaru mengenai Asteroid 2006 QV89 yang dikatakan berada pada jarak 6.7 kilometer dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.

Asteroid sepanjang 40 meter itu juga telah dijangka akan menghentam bumi pada 9 September tahun ini. Namun, keberangkalian perlanggaran itu berlaku hanya pada kadar 0.01 peratus sahaja.

Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.

“Ia tidak mustahil berlaku; ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.

Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.

Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.