Header Ads

Khir Rahman Kongsi Pesanan dan Amanat Bapa Semasa Masih Hidup


Berikutan dengan perginya satu lagi permata iaitu Datuk A Rahman Hassan semalam, pelakon dan pengarahm Khir Rahman turut berkongsikan kata-kata dan nasihat arwah bapanya yang sentiasa mengingatkan dirinya untuk menjaga adab serta nilai kesopanan dalam menjalani kehidupan harian.

Amanat yang sering diluahkan arwah itu dikatakan bukan hanya ditujukan kepada darah dagingnya, namun turut disampaikan kepada mereka yang rapat dengannya.

"Ayah seorang yang tenang dan tidak pernah meninggikan suara. Arwah juga mementingkan kekemasan dan sangat disenangi orang lain kerana sikapnya itu. Peribadinya itu menjadi contoh kepada kami,” katanya.

Selain itu, Khir turut berkongsia yang bapanya juga tegas untuk memastikan anak-anaknya menggunakan bahasa Melayu yang tepat dan beliau terkilan apabila melihat dan mendengar penggunaan bahasa Melayu rojak sekarang.

Khir atau nama sebenarnya, Khairulizam, 47, berkata, arwah bapanya juga begitu teruja untuk meraikan ulang tahun kedua cucunya, hari ini, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila dijemput Ilahi, pada jam 12.40 tengah malam tadi.

“Anak buah saya, Irwanshah Khairulazmi genap dua tahun, hari ini dan arwah berseloroh dengan anak adik bongsu saya meminta supaya majlis potong kek dibuat di kediamannya.

“Tidak sangka, ia menjadi petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya pada tarikh sama iaitu 13 Jun,” katanya.

Selain Khir yang mengikut jejak langkahnya dalam arena seni, A Rahman turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Khairulilmi dan Khairulazmi hasil perkahwinan pertamanya dengan Allahyarham Datin Azizah Mohamad.

Bagaimanapun, anak keduanya meninggal dunia pada 2016 akibat kanser, manakala isterinya pula menghembuskan nafas terakhir, enam tahun lalu kerana kanser pangkal rahim.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.