Header Ads

Kerana Membawang, Kepala Tersangkut Di Jeriji Besi? Seriously?!



Membawang mengundang padah! Mungkin itu yang boleh Ohmedia ungkapkan untuk cerita ini. Kerana‘membawang’ tak ingat dunia, seorang wanita terpaksa berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama hampir lima jam. Mangsa dikatakan sedang rancak berbual dengan jirannya itu sebelum secara tidak sengaja memasukkan kepala di celah-celah jeriji berkenaan. dan kemudiannya panik apabila tidak dapat mengeluarkan kepalanya.

Dipetik dari New Malaysian Post, jirannya yang menyedari kejadian itu segera membantu wanita berkenaan melepaskan dirinya tetapi gagal sebelum mereka meminta bantuan bomba. Kepala wanita itu dilaporkan tersangkut selama lima jam sebelum anggota bomba memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya. Wanita itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam terperangkap.


Sumber : New Malaysian Post


Oh! Media : Nasib baik tak berlaku kat Malaysia. Kalau berlaku, tak tahu nak kata apa. Dalam hidup ini ada sesetengah pekara yang kita kena ambil tahu pasal orang, bukan semua perkara terutama melibatkan hal-hal peribadi seseorang.
Dikuasakan oleh Blogger.