Header Ads

Jet Pejuang Israel Lakukan Serangan Terhadap Hamas


Kita di sini bernasib baik kerana masih dapat melakukan ibadah puasa dan berhari raya dengan aman. Tapi tidak lupa juga apabila nasib saudara kita di Gaza masih tetap hidup dalam kesengsaraan.

Hari ini, dilaporkan lagi bahawa jet pejuan Israel telah melakukan serangan ke atas kem Hamas di Gaza berikutan tindak balas terhadap serangan roket dari Palestin.

Pertembungan ini berlaku setelah penutupan perairan pesisir pantai Israel untuk nelayan Gaza semalam dalam apa yang dikatakan tindak balas terhadap penghantaran belon merentasi sempadan yang menyebabkan kebakaran ladang di selatan negara Yahudi itu minggu ini.

Dalam satu kenyataan, tentera berkata, jet pejuang menyerang ‘infrastruktur bawah tanah’ dalam kawasan milik Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza. Tiada laporan kecederaan diterima.

Awal Mei lalu, dalam pertempuran sengit selama dua hari, serangan Israel mengorbankan 21 penduduk Palestin separuh daripadanya orang awam manakala empat penduduk Yahudi terbunuh, menurut pihak berkuasa Gaza.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.