Header Ads

Instagram 'Lumpuh', Pengguna Seluruh Dunia Cemas Seketika


Tahukah korang, hari ini laman sosial Instagram gagal berfungsi seketika sekali gus menyekat pengguna untuk memuat naik gambar atau stories beberapa jam lalu. Instagram itu juga hanya memaparkan ‘couldn’t refresh feed' setiap kali pengguna cuba untuk melihat posting terbaharu.

Antara yang gagal dilakukan adalah untuk mendaftar keluar dan mendaftar masuk menggunakan akaun yang berlainan. Kesannya, pengguna panik dan mencurahkan rasa kecewa mereka di Twitter.

Bagaimanapun, di Malaysia, impaknya kurang disedari ekoran waktu gangguan berlaku semasa pengguna masih lagi tidur.

Sumber : Awani


Dikuasakan oleh Blogger.