Header Ads

Ini 10 Tips Mudah Kumpul Duit Kahwin RM20,000!


Siapa je yang tak nak kahwin? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan. Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum? Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal. Jadi, mimin nak kongsikan 10 tips mudah untuk kumpul RM20,000 bagi anda yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!


1. Buat tabung kahwin 


Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Senang. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan korang, boleh terus kahwin. Tak perlu pening kepala dah nak fikir.

2. Ramai yang menyesal sebab tak simpan awal-awal

Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada. Last-last, pasangan pun taknak kahwin dengan korang sebab tak simpan duit. Haaaa siapa suruh taknak simpan awal-awal? Takkan selama 10 tahun bercinta bawa anak dara orang ke hulu hilir?

3. Lelaki atau perempuan, mulakan sekarang

Kalau majlis korang rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Kalau taknak keluarkan banyak duit, korang buat je sekali. Senang. Berjimat dari segi semua benda. Pelamin, baju kahwin, katering, dan macam-macam lagi lah.

4. Baru adil dan saksama

Lelaki yang kumpul duit kahwin biasanya dia nak buktikan yang dia serius, mampu dan kuat berusaha untuk tanggung anak dara orang. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga. So ladies, cari lelaki yang betul-betul niat nak halalkan awak ya?

5. Biar susah sama-sama

Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu. Jangan time susah dia lari, time senang dia datang kat korang. Lelaki pun sama okay?

6. Kalau terpaksa pinjam bank, maknanya korang belum mampu lagi

Jika korang terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya korang belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagi untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je.

7. Kalau sebelum kahwin tak mampu simpan jangan ambil loan

Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula gatal sangat nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak nak bayar nanti. Hutang keliling pinggang haaa kau. Nak pi honeymoon pun tak tenang. Serabut kepala sebab fikir pasal hutang sana sini.

8. Buat simpanan bulanan bersama pasangan

Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama pasangan korang. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib. Kahwin ni mudah je. Nikah tu yang penting. Tak perlu sanding pun takpa. Buat doa selamat pun dah cukup.

9. Jangan bergantung pada satu pendapatan je 

Korang rajin-rajinlah buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain. Kalau nak kahwin, kenalah berusaha sikit kan? Kalau duduk rumah termenung mana nak dapat duit selain daripada gaji yang kita dapat sebulan tu, jangan beranganlah duit nak jatuh dari pokok hahaha mimin cakap je.

10. DIY sendiri pelamin, kurangkan bajet kahwin

Kalau korang ni jenis kreatif, korang boleh buat pelamin sendiri tau. Lebih jimat. Nak hias pun ikut citarasa sendiri. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang. Lauk 3 jenis pun dah cukup dah. Ajak saudara-mara dan kawan rapat je pun dah okay, tak perlu sampai satu kampung nak ajak sampai makanan pun tak cukup huhuhu. Kalau boleh, ikutlah kemampuan korang sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.