Header Ads

Disangka Anjing, Ternyata Seekor Beruang? Seriously?!



Berkaitan isu yang tular di media sosial berkaitan seekor beruang matahari ditemui di kawasan kediaman kondominium, bekas peserta program realiti 'Rockanova', Zarith Sofia Yasin tampil memberi penjelasan.

Dipetik dari Metro Online, penyanyi yang dikenali dengan gelaran Pia itu ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selepas didapati memelihara dan menyimpan seekor beruang matahari secara haram di kondominiumnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pia mendedahkan beliau menjumpai beruang yang disangka anjing berkenaan dalam keadaan lemah dan berniat untuk menjaganya sehingga sihat sebelum menghantarnya ke zoo dalam masa terdekat. Beliau mendakwa, beruang berkenaan tidak menunjukkan tingkah laku agresif sepanjang dibawah jagaannya selama dua minggu.

Dalam pada itu, Pia menafikan dakwaan bahawa dirinya ditahan PERHILITAN sebaliknya mereka memintanya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu ini dan masih menanti maklum balas dari pihak berkenaan.

Sumber : Metro Online
Dikuasakan oleh Blogger.