Header Ads

Bagi Rating Rendah Pada Driver Grab Car Kerana Diperli, Gadis Ini Pula Yang Kena Kecam Balik Dengan Netizen


Semua orang tahu perkhidmatan e-hailing seperti Grab wujud untuk membawa penumpang (sejenis manusia) dari point A ke B sahaja. Paling kuat pun bawa penumpang yang nak travel dengan bagasi mereka sekali. Tak dinafikan memang ada juga kes yang menggunakan khidmat pemandu Grab ni untuk membawa barangan kecil mereka tapi itu semua tetaplah bergantung kepada persetujuan dan persediaan driver Grab tu juga. Harus diingat, mereka bawa Grab untuk mencari rezeki dan rata-rata dari driver Grab ini menggunakan kereta mereka sendiri. Ya, satu-satunya kereta yang mereka ada untuk segala tujuan.



Lain pula kisahnya dengan apa yang berlaku dengan seorang budak perempuan ni yang menggunakan khidmat Grab untuk pindah barangan miliknya ke satu lokasi lain. Kalau tengok gambar tu, memang penuh kereta orang tu dengan barang dia.

Terlebih dahulu kita memang dah kena ingat yang pemandu Grab atau perkhidmatan Grab tu sendiri bukannya "movers" untuk nak memindahkan barang atau membawa barang-barang pindah rumah macam Lalamove tak pun The Lorry.

Tapi dalam kes budak perempuan ni sebenarnya dia dah kira beruntunglah sebab driver Grab tersebut tetap sanggup menunggu lama dan sanggup nak bawakan barang-barang dia tu ke lokasi yang baru.


Kata-kata pemandu Grab "apesal lu punya suami laki takde tolong lu? Lu sudah cerai sama dia kah" mungkin berdesing masuk ke halwa telinga gadis ini. Maklumlah dengan penatnya angkat barang dari tingkat 4 tadi kan?

Budak perempuan tu pun buat tweet ke Twitter peribadinya yang akhirnya memakan diri sendiri apabila dihentam teruk pula oleh netizen lain.



Mungkin pemandu Grab tu pun tak perlu nak cakap macam tu pada budak perempuan ni. Kalau taknak terima, jangan accept dari awal. Kalau dah accept tu, kenalah terima apapun keadaannya penumpang tu kan?

Well, lesson learned juga untuk kita sebagai pengguna perkhidmatan e-hailing ni agar jangan sesuka hati menggunakan perkhidmatan sebegini demi nak memudahkan dan menjimatkan urusan kita semata.

Rating ni memang sangat besar maknanya untuk yang buat Grab dan sebagainya ni apalagi yang buat kerja ni sepenuh masa. Jadi sebelum kita nak beri rating tu, tolonglah consider banyak perkara demi periuk nasi mereka juga apalagi dalam suasana dan keadaan yang dari awal berpunca dari sikap diri kita sebenarnya.

Post asal di Twitter:


OHMEDIA: INILAH MASALAH BILA KITA FIKIR DIRI KITA JER TAK FIKIR ORANG LAIN. SEMUA KITA JER YANG BETUL.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.