Header Ads

Apa Agaknya Ujian Yang Akan Dilalui Sewaktu Usia 35 dan 40 Tahun? Ini Kami Kongsikan


Setiap dari manusia yang lahir di muka bumi ini, pasti akan melalui pelbagai ujian dalam kehidupan. Tapi adakah korang tahu bahawa setiap ujian yang diberikan Allah itu adalah untuk membantu diri kita ke peringkat seterusnya. Apa seterusnya itu? Aha inilah dia peringkat umur kita di mana kita akan diuji dari segi ketabahan, kesabaran, ketakwaan dan kepercayaan kita kepa Maha Pencipta, Allah.

Di sini kami ingin kongsikan tentang ujian yang akan dihadapi bila seseorang itu masuk sahaja umur 35 hingga 40 tahun, di mana ketika ini kita akan melalui satu situasi yang berlaku tanpa disangka-sangka. Perkara ini kami memetik dari perkongsian Puan Ainul Mardhiah di laman facebooknya yang menulis tentang kebanyakan ujian akan diberikan sewaktu umur menjangkau 35 hingga 40 tahun.

Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (penceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja. Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti. Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.


Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengan dungnya dengan menanggung susah payah dan telah mela hirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengan dungnya berserta dengan tempoh mencraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, ia dengan berkata:

“Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibberdoalah u bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya. Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan naf su yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah mening gal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh mening gal…”Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan naf su sendiri. Naf su memang tak pernah tua.


Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tu buh dan kudrat kita. Rasanya jika Tuhan menghalang tu buh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.Kita hidup di dunia, tidak lama..

Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 Hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam ba rzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, Satu harinya seribu tahun.

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita. Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Sumber: CeritaMenarik, Majalahilmu.com

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.