Header Ads

Anak Tikam Bapa Kandung di Dada, Kepala dan Mata Setelah Diingatkan Solat Asar


Pada 1 Jun 2019, 5 hari sebelum mengelan Hari Raya Aidilfitri, telah berlaku satu pembunuh yang kejam apabila seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri setelah hanya diingatkan untuk melakukan solat asar. Kejadian tersebut telah berlaku di Polres Kota Mataram, Jakarta.

Menurut laporan Kompas.com, Hilda Nurafriani telahpun ditangkap setelah didapati menikam ayah kandungnya sendiri, Muhammad Nurahmad dengan menggunakan pisau dapur dan dalam keadaan sedar dan waras.


Kronologi lengkap kejadian

Sebelum kejadian, Hilda dan ibunya,Fathiyah telah bertengkar, setelah ibunya menasihatkan Hilda untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan sijil pendidikan yang dimili. Difahamkan, Hilda mempunyai Master dalam bidang Jururawat dan merupakan graduan lepasan Universiti Muhammadiyah, Jakarta.

Tidak mahu mencari pekerjaan dan ingin berniaga

Namun, Hilda tidak bersetuju kerana ingin memulakan perniagaan dengan menjual 'pop ice'. Dalam masa yang sama juga, mangsa (bapanya) sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar dan mendengar bunyi barang seperti dibaling di ruang tamu.

Ayahnya mengetuk pintu bilik 

Mangsa kemudian bergegas menuju ke ruang tamu dan isterinya mengatakan bahawa tiada apa yang berlaku dan tidak diapa-apakan oleh anaknya. Hilda yang ketika itu telah memasuki biliknya telah membuatkan mangsa tetap ingin bercakap dengan Hilda dan mengetuk pintu biliknya sambil mengingatkan untuk menunaikan solat Asar.

"Saat itulah pelaku keluar kamar, sempat menahan pintu sambil menghunus pisau dapur yang memang berada di dalam kamar pelaku. Saat melihat peristiwa itu, ibu pelaku keluar rumah minta pertolongan," jelas Saipul.



Tikaman bertubi-tubi di bahagian dada

Ketika itu juga, Hilda telah bertindak untuk menikam bapanya bertubi-tubi di bahagian dada, kepala dan mata. Mangsa cuba melarikan diri sehingga ke pintu depan, namun terus dikejar dan ditikam Hilda tanpa belas kasihan.


Pihak polis berjaya mengepong kawasan rumah

Hilda kemudian sedar kehadiran orang ramai dan jiran di luar rumah dan bergegas masuk ke dalam rumah bersama pisau ditangan. Pihak polis kemudian berjaya mengepong kawasan rumah dan menangkap Hilda yang bersembunyi di dalam bilik.

Mangsa kehilangan banyak darah

Bapanya, kemudian dibawa terus ke hospital, tetapi tidak dapat diselamatkan selepas kehilangan banyak darah akibat belasan tikaman dan disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam.


Penjara 15 tahun jika didapati bersalah

Pelaku, Hilda kini masih dalam perbicaraan dan dibawah tahanan pihak polis. Hilda juga bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun dan denda 45 juta Rupiah atau sekitar RM13,000 jika didapati bersalah.


Oh! Media: Ya, memang jika dilihat dari jumlah denda yang dikenakan, memang tidak mencukupi setelah seorang anak sanggup melakukan sedemikian terhadap ayah kandungnya sendiri. Semoga kita dijauhkan dari sikap dan tindakan sebegini.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Powered by Blogger.