Header Ads

Amelia Henderson Dimahkota Model Terbaik Negara Di Korea Selatan


Pelakon dan peragawati tanah air, Amelia Thripura Henderson dimahkotakan sebagai 'Model of the Year' peringkat negara tahun ini di majlis Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA) 2019 pada Selasa. Amelia yang berusia 23 tahun menerima Anugerah Star Model 2019 dalam kategori Malaysia pada hari ketiga acara tersebut.


Majlis penyampaian anugerah diadakan di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri ramai selebriti Korea terkenal termasuk Han Seung Yeon, Kim Hye Yoon, Eum Joon Suk, (G) I-DLE, Stray Kids dan bekas anggota Wanna One Park Ji Hoon dan Lai Kuan Lin. Dalam ucapannya, Amelia berkata beliau amat bersyukur menerima anugerah itu dan melihat ia satu penghormatan untuk mewakili Malaysia.


"Ini satu penghormatan dan saya berasa sangat bernasib baik kerana dapat mewakili Malaysia yang indah. Bagi semua orang di Malaysia, saya ingin mengucapkan 'terima kasih' dan 'kamsahamida'," katanya.







Powered by Blogger.